Happy Deepavali

10 Nov

10 November 2012

1. Malaysia sememangnya terdiri daripada dengan pelbagai kaum, bangsa dan agama yang mampu tinggal bersama dan saling menghormati.

2. Pada 13 November ini, rakan-rakan yang berbangsa India akan meraikan perayaan deepavali yang juga dikenali sebagai “festival of light”.

3. Kepada semua “Happy Depavali” semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan

Kawad Kaki Hari Kemerdekaan

24 Sep

1. Pada 30 Ogos 2012, Bulan Sabit Merah Cawangan Selangor telah menyertai perbarisan hari kemerdekaan peringkat Negeri.

2. Kontingen Selangor telah diketuai oleh Penolong Pengarah PBS, En. Khairuddin Othman.

 

Lawatan ke Ibu Pejabat Kebangsaan

7 Aug

1. Pada 6 Ogos 2012 saya dan En. Soma (Pengerusi JK Perkhidmatan Ambulans ) Cawangan Selangor telah pergi ke IPK.

2. Tujuan kami ke sana adalah untuk mendapatkan maklumat tentang SOP perkhidmatan Ambulans serta Standby duty ambulans semasa musim perayaan ini.

3. Kami ingin berjumpa dengan Puan Shamsiah (Pemangku Pengarah Operasi) dan Encik Ahmad (Pengurus Ambulans) tetapi kedua-dua mereka tiada di pejabat.

4. Akhirnya kami di minta untuk berjumpa dengan En. Reduan, ESO Pengurusan Ambulans.

image

image

image

image

image

Mesyuarat Exco kedua

4 Aug

1. Mesyuarat esok kali kedua akan diadakan.

2. Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut:-

Tempat : Pejabat Cawangan

Masa   : 10pagi

3. Antara yang akan hadir adalah sperti berikut :-

a. Pengerusi
b. Timbalan Pengerusi
c. Naib Pengerusi 1
d. Naib Pengerusi 2
e. Pengarah
f. Setiausaha kehormat
g. Bendahari kehormat

4. Antara agenda yang akan dibincangkan adalah :-

a. Perlaksanaan Perkhidmatan Ambulans
b. Perlantikkan kontraktor untuk bangunan baru.

Lawatan Pegawai Berjaya Group

1 Aug

1. Lawatan Pegawai Berjaya (Ms Shirley) telah diadakan pada 1 Ogos 2012 jam 2.30 ptg.

2. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat Ambulans baru yang disumbangkan oleh Berjaya dan dalam masa yang sama untuk melihat peralatan yang harus ditambah didalam ambulans.

3. Cawangan Selangor juga merakamkan ribuan terima kasih kepada En Hamdan dan En Fauzi daripada IPK yang turut hadir untuk menunjukkan dan menerangkan peralatan ambulans yang diperlukan.

4. Berjaya Group telah bersetuju untuk memberi sumbangan untuk peralatan ambulans tersebut.

image

image

image

image

image

Ambulans baru Cawangan Selangor

29 Jul

1. Bulan Sabit Merah Cawangan Selangor akhirnya telah menerima ambulans pada 27 Julai 2012.

2. Ambulans yang bernilai RM 350,000 itu adalah hasil sumbangan daripada Tan Sri Vincent Tan melalui Berjaya Group.

image

image

image

image

Selamat Menjalani Ibadah berpuasa

21 Jul

1. Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua ahli bulan sabit merah.

2. Marilah kita sama-sama meningkatkan ibadah kita kepada yang Maha Esa.

3. InsyaAllah semua aktiviti yang dirancang akan berjalan seperti biasa.

4. InsyaAllah, kita akan standby ambulans ketika menjelang syawal nanti.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.